Cari Blog Ini

Selasa, 9 Mei 2017

Manja Sireh dihati

Kira-kira 2 tahun lepas IbuAm mengalami masalah daripada pengambilan suntikan perancang... Masalah yang Ibu Am alami adalah :-
1)Kenaikan berat badan yang terlalu ketara... Walhal sebelum itu semua baju lama2 Ibu Am boleh pakai... Yang paling best seluar jeans masa zaman anak dara pun IbuAm pakai tau... IbuAm hanya mengambil suntikan perancang keluarga setelah usia Adeq Amna 6 bulan...
2) Pendarahan yang terlalu lama... Period paling lama adalah 15hari... Selepas itu dikira darah Istihadah... Dalam tempoh 3bulan, boleh dikira dengan jari berapa hari sahaja yang IbuAm bersih... Semuanya bermula selepas suntikan kedua... 
3) Keputihan juga banyak dan menyebabkan kegatalan yang teruk pada bahagian tersebut...  Ini sangat tidak menyelesakan keadaan IbuAm...

Atas nasihat doktor, IbuAm tak teruskan suntikan seterusnya... Alhamdulillah hari terakhir IbuAm kena adalah sehari sebelum puasa... IbuAm berjaya berpuasa penuh pada tahun tersebut... 

Panjang lebar IbuAm cerita... hahaha... Setelah digoogle, IbuAm jumpa dengan Pembersih Manja Sireh...
Manja Sireh (pic ehsan pakcik google)
Permulaan perkenalan IbuAm dengan Manja Sireh... Semuanya kerana ketidakselesaan yang dialami IbuAm.. IbuAm memang tertarik dengan testimoni yang diberikan... IbuAm tidak buat pilihan semborono... IbuAm kaji dulu bahan yang ada...

IbuAm ada masalah kulit sensitif... Jadi IbuAm tak boleh sembarangan guna produk... Lagi2 kat bahagian intim... 

Alhamdulillah, IbuAm suka dan serasi dengan Manja Sireh...Baunya wangi dan menyegarkan... Ianya pekat... hanya sekali pam untuk sekali penggunaan... Terasa berangin sahaja... Sangat2 menjimatkan... Tidak seperti pencuci2 yang ada didalam pasaran... Tersangat berbaloi menggunakannya... IbuAm tak dapat apa2 pun dari pihak Manja Sireh sebab promote produk dia orang ni... IbuAm share benda yang IbuAm suka...

Dalam tak sedar, telah 2 tahun IbuAm setia dengan Manja Sireh... Selagi mereka tak stop production & penjualan, IbuAm akan terus setia dengan mereka... Sememangnya Manja Sireh dihati IbuAm.... Masalah keputihan & kegatalan yang IbuAm alami juga telah dapat diatasi dengan sebaiknya dengan kerjasama Manja Sireh... Harganya juga bagi IbuAm adalah sangat berbaloi... RM50.00 sebotol serta FREE POSTAGE bagi kawasan semenanjung Malaysia... 1 Botol paling lama IbuAm boleh pakai adalah selama 5 bulan... Tidakkah ia sangat2x berbaloi... IbuAm selalu beli dekat FB dia sahaja Manja Sireh... Cubalah korang tengok... Selepas 2 tahun, mereka dah ada banyak produk lain... 

p/s: Selamat berManja Sireh buat anda wanita diluar sana...