Cari Blog Ini

Khamis, 13 November 2014

MISI BERMULA dan AKAN BERTERUSAN selama 2TAHUN (BF baby Amna...)

Sekarang aku tengah berusaha nak bagi baby Amna susu badan secara ekslusif selama 2 tahun… Hopefully akan berjaya…  Kalau dulu untuk Kakak Amni & Abang Ammar, Ibu tak dapat lunaskan impian Ibu itu… Semoga kali ini akan terlunas dengan adanya sokongan daripada En.Hubby, family, kawan2, serta ilmu yang Ibu dapat daripada pembacaan Ibu…

Ada yang kata kalau nak susukan baby nie susahlah… Nak kena pam kat tempat kerja… Buat stok susu…. Bagi aku pula…”Ini adalah moment terindah bagi seorang IBU”… Masa inilah baby @ anak nak dengan kita sahaja… Selalu nak duduk rapat2… Boleh peluk2 dia… Cium2 & sayang2 dia… Mana tahu dah besar nanti dia dah tak nak dengan kita… Tentu kita akan rasa RINDU dengan suasana ini… Harap2 sampai besar, anak2 akan sentiasa rapat dengan IBUABI…

Macam Abang Ammar…. Sekarang kalau orang cium & sayang dia, dia akan lap tempat yang kena cium tue… Kalau pipi, kat pipilah dia lap… Kalau dahi, dahi lar yang dia akan lap… Kadang2 geram juga tengok perangai dia… Tapi kadang2 CUTE juga…

Bagi saya kalau nak teruskan MISI penting nie, ape yang perlu saya ada adalah:

-      Mind Set @ Fikiran saya perlu sentiasa berfikir & berkata POSITIF… yakni Reski SUSU sentiasa ada untuk Baby Amna – kerna lau kita fikir tak ada, nanti kita akan STRESS… So, payahlah susu nak terhasil dengan meriahnya..
-   -     Jaga pemakanan – walaupun kadangkala IBU culas dalam perkara ini… Maafkan Ibu ye Baby Amna
-   -     Ambil Vitamin @ supplemen  dalam memberi tenaga kepada IBU – Ini saya amik SHAKLEE, of coz lar produk yang saya jualkan
-   -     Sokongan daripada En.Suami – Alhamdulillah dia memang menyokong & membantu saya dalam perkara ini.. Contoh kadangkala bila saya balik dari kerja, dia cepat2 ambil beg & simpankan susu serta Icepack saya… Syukur sangat.
-   -     Teruskan menggali ilmu2 dalam panduan menyusukan anak bagi IBU2 bekerjaya
-  -      Membaca kisah2 orang yang telah Berjaya & mengalami cabaran ketika menyusukan anak supaya dapat MEMOTIVASIKAN diri ini.
-  -      Sebenarnya banyak lagi… Cuma tak tahu macam mana nak tulis…. Ada IDEA nanti saya SHARE lagi… hikhik

Kalau nak diikutkan saya dulu berhenti menyusukan anak2 sebab mengandung jer… Bukan sebab production susu merudum… Kakak Amni pai umur dia 6 bulan… Abang Ammar pula sampai umur dia setahun lebih… Tak ingat berapa bulan…  Sebab masa tu walaupun dah tak bagi direct feeding… Tapi dia sempat minum stok yang IBU simpan lebih kurang 3 bulan…


Orang kata dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan… Jadi USAHA TANGGA KEJAYAAN…





















Actually nie pic masa stok utk Abg Ammar.... Stok terbaru terlupa nak snap... Ape pun, sama jer... cuma tukar kedudukan bekas aiskrim tue ke pintu fridge... N isi dalam tupperware tu pun ofcoz lain... dulu lauk-pauk, sekarang aiskrim ok... U/P IbuAmsz memang byk cengkelat bab makan nie... aiskrim dah ku bedal lps 30hr pantang... Jangan tiru gelagat ku ini tau...

Ahad, 2 November 2014

Instant Shawl

Salam dearssssss, dah lama sangat rasanya tak update blog nie kan? Huhhh... Nampak tak betapa busynyer Ibu Amsz nie sekarang... Kat rumah lau nak curi2 on9 pun dah tak ada masa.... hohoho... Baby Amna asyik nak melekat dengan Ibu je lau Ibu ada kat umah... Abg Ammar & Kakak Amni macam biasa, tengah melasak... Abg Ammar juga sekarang semakin manja tau... Opsss, anak bujang IbuAbi manja sesangat... Bukan dengan IbuAbi je... Dengan AtokNenek pun sama... Maklumlah, satu2nya cucu & ank lelaki kami buat masa ini... Bukan dimanjakan, butttt dia yg memanjakan diri dia sendiri OK... 

Eheh panjang lak Ibu amsz membebel erk... actually entri kali nie bukan nak cerita perihal ank2... Cuma lately nie Ibu amsz dah terberkenan dgn "INSTANT SHAWL"... Tersangat mudah cara nak memakainya... 
* No Pin
* No Lilit
* No Iron
* Inner dah jahit sekali dgn shawl tau

WOW!!!! Ini yg buat Ibu Amsz ecxited sesangat tau... Sangat sesuai buat mereka2 yg mempunyai ank2 kecil dan mereka yg ingin bergaya tapi kesuntukan masa... Just sarung sahaja mcm tudung Express biasa... contoh shawl macam pic kat bawah nie tau... Ada macam2 warna lagi....
Ibu Amsz ingat nak amik kodi... Lau anda berminat nak order bolehlah PM kami di https://www.facebook.com/SyafiahBabyCollections
Ibu amsz nak jual murah2 je...RM25.00 sehelai....
banyak permintaan, baru Ibu amsz akan restok lagi OK....
Nak wasap pun boleh (0176825372)

****Saya suka share benda yang saya suka****